Setiap pemandu wajib mempunyai Lesen Memandu Malaysia Kelas D Full yang sah dan Terkini.
Pemandu Dilarang Sama Sekali Daripada Melakukan Sebarang Kegiatan Jenayah atau melanggar Undang-Undang Kerajaan Malaysia. Laporan Polis akan dibuat jika Ingkar.
Sebarang Kerosakan atau Kecacatan yang terdapat pada sebarang bahagian dalaman dan luaran kenderaan yang disewa semasa di dalam tempoh sewaan akan dikenakan Caj RM50.00(minimum) – RM2,500.00(maksimum) kepada penyewa. Syarikat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada penyewa yang Ingkar dan laporan Polis akan dibuat.
Penyewa tidak dibenarkan sama sekali Menukar atau Mengambil Sebarang Alat Ganti Kereta yang disewa. Laporan polis akan dibuat jika Ingkar.
Sebarang Saman atau Kompaun Daripada Pihak Berkuasa adalah Tanggungjawab Pemandu sepanjang tempoh sewaaan berjalan.
Syarikat Tidak Menyediakan Tempoh Sewaan Mengikut Jam dan Separuh Hari.
Tempoh sewaan Minima adalah Satu(1) Hari bagi kegunaan di dalam Lembah Klang.
Tempoh sewaan Minima adalah Dua(2) Hari bagi kegunaan luar Lembah Klang.
Waktu Pejabat 9.00am – 10.00pm. Sebarang urusan membabitkan pengambilan kereta dan penghantaran kereta hanya dilakukan pada waktu pejabat sahaja.
Sebarang tempahan kereta perlu disertakan dengan Deposit RM100.00.
Syarikat hanya akan membuat ‘Reservation’ kereta setelah menerima Deposit sahaja.
Sebarang Pembatalan Tempahan akan menyebabkan Deposit anda hangus.
Setiap Deposit yang diterima daripada pelanggan akan Dikembalikan dalam masa Empat(4) hari bermula dari tarikh pemulangan kereta.
Tiada sebarang perubahan tempoh sewa boleh dibuat sepanjang sewaan berjalan. Pelanggan boleh memilih tempoh sewaan baru selepas sewaan semasa tamat.
Penghantaran kereta adalah percuma di sekitar Shah Alam Seksyen 7 sahaja.
Caj Penghantaran akan dikenakan selain dari Shah Alam Seksyen 7 mengikut jarak dari pejabat pengurusan. Penghantaran ini hanya disediakan bagi sewaan Empat(4) hari ke Atas sahaja.
Lain-lain terma dan syarat yang difikirkan perlu oleh pihak syarikat Tanpa Sebarang Notis.
Jom Tempah Kereta Sewa di Shah Alam dan Kuala Lumpur
Hanya dengan tekan butang di bawah, anda boleh hubungi pegawai kami untuk uruskan tempahan anda. Klik butang di bawah sekarang